Saturday, November 30, 2013

GEMUK ITU MENAKUTKAN


2 minggu aku tak buka blog ni
Bukan setakat berhabuk
Tapi dah berkulat dah..

Ini semalam punya cerita..
Aku teman kawan aku pergi beli tiket bas.
Nak beli tiket bas tu sorang saja
Tapi yang ikut sekali tu penuh satu kereta.
Balik beli tiket tu singgah la di Center Point.
Teman membe aku beli barang.
Kawan aku yang sorang ni
ajak la pergi timbang berat..
Masing2 buka purses cari
duit syiling 40sen..
Bila timbang tu...
JENG.. JENG.. JENG...!!!


50.2kg?????
Nightmare...!!!!!!!!!!!!!!!
Berat badan aku naik 3kg..
Before ni  berat aku tak pernah mencecah 50kg.
Paling tinggi pun 47kg, lepas tu turun balik
atara 45kg atau 44kg.
Kalau mama tahu mesti dia bising..
Sebab dia selalu pesan kat aku suruh jaga badan.
Tapi seriously memang susah gila nak tahan 
nafsu makan nie.. 
Makan sikit2 memang tak kenyang..
Bile dah jadi macam ni barulah terfikir nak diet
Berjaya atau tak tu tak tahulah..
Bila cerita pada adik aku.
Boleh pula dia tanya aku balik..
"Kenapa perempuan takut sangat gemuk?"
Dear lelaki..
Tahukah kamu gemuk itu adalah 
musuh ketat bagi seorang perempuan.
kalau ditanya kenapa..
memang banyak jawapannya.

1.Bagi yang dah kawin semetinya takut
   En.Suami cari yang lain. Maklumlah
   lelaki ni nak yang cantik2 saja depan 
   mata dia.

2.Bagi yang masih bujang tu mesti la takut
   tak laku. Aku nak kawin!! tak nak jadi
   andartu (anak dara tua)

3.Takut tak ada bentuk badan. bontot dengan
    pinggan sama besar. Tak cantik la!!

4.Susah nak pilih pakaian, silap2 pilih baju
   tak pasal2 nampak macam sarung nangka.
   nampak buruk kot..!!

5.Takut kena ejek. Bila badan terlalu gemuk
   nanti mesti orang ejek kita.. tak nak 
   macam tu.. T_T

6.Tahukah kamu kegemukan boleh meningkatkan 
   resiko penyakit jantung.  bukan fakta kecantikan 
   saja taw.

7.Bagi orang yang tak berapa nak tinggi pula. dah la
   pendek, gemuk pula, tak pasal2 nampak gendut.

8.Akan jadi pemalas sebab badan cepat letih dan 
   mengah apabila melakukan aktiviti harian. 

So kepada kaum lelaki tak payah pelik la kenapa 
perempuan taku sangat gemuk. Kalau diorang 
mengadu pada korang layan sajalah luahan yang
tragis bagi diorang tu..
Nama pun perempuan... hoho..
Sampai sini saja cerita aku..
Bye!! ^_^


Thursday, November 14, 2013

DIA

Aku tak tahu macam mana nak mulakan..
Sebuah cerita yang agak basi..
Tapi masih segar diingatan..
Sebuah perasaan yang 
sukar untuk difahami.
Tapi terpaksa dilupuskan.
Sebuah kenangan yang
mengajar erti kematangan.
Tapi terpaksa dikuburkan.
Sebuah cinta pertama yang
mengharap dia En.Jodohnya.
Tapi breakup ditengah jalan..






"Yang pertama itu tak semestinya menjadi yang terakhir buat kita,
jangan tunduk pada cinta lelaki yang belum halal buat kita. Percaya 
bahawa Allah SWT tahu siapa jodoh kita."


Friday, November 8, 2013

AKU MALU


Hye..!!
Hari ini aku nak cakap soal
perasaan seorang gadis..
Aku tahu aku dah terlambat
sebab aku tak luahkan
pada jejaka itu..
Lidah aku terasa kelu disaat itu..
Ya!! memang aku malu..

Semalam di salah satu
tempat.. dimana?? (Rahsia)
Ada sorang mamat nie...
Pergh!! handsome..
Nampak pada gayanya sepeti
seorang staff di salah sebuah pejabat
dia berkemeja dan memakai seluar slack.
Tapi tidak memakai tali leher..
Dia kusyuk mengadap handphone
samsung ditangannya..
Main candy crush maybe.. hoho
Disebabkan dia tu handsome..
Aku pandang dia lebih drp satu kali.. hehe..
(mood gatal)
Dan secara tak sengaja..
TAK SENGAJA ok!
Aku terpandang apa yg tak patut aku pandang..

Mamat tu  tak tutup zip seluar!!
Aiyaaa~
Harap muke je handsome..
Tapi zip seluar pun lupa nak tutup..
Aku tak pasti manusia lain yang
berada disitu perasan tak perkara tu..
Aku nak bagi tahu dia..
Tapi...Aku malu...
Dia tu lelaki..!!
Lain la kalau sama jantina..
Aku cuba guna bahasa isyarat..
Aku perhatikan dia..
(perhatikan dia ok! bukan zip seluar dia!)
biar dia rasa tak selesa mungkin dia
akan sedar soal zip dia yg tak tutup tu..
Tapi bila dia nampak aku perhatikan dia
boleh pula dia senyum kat aku macam
orang yang tak ada masalah dan
sambung mengadap handphone ditangannya.
Cheesecake betul lah mamat ni..!!
Sedang aku duk fikir cara lain nak bagi tahu
tetiba dia bangun dan pergi ke tempat lain..
Aku tak pasti sebab apa dia blah..
mungkin dia sedar zip seluarnya tak tutup
atau dia tak selesa aku padang dia tadi..
Hope dia tak salah anggap dan
tutup zip seluar tu sebelum
ada org lain yg nampak...

P/S: Sila pastikan zip seluar anda sentiasa tertutup! ^_~


Monday, November 4, 2013

SALAM MAAL HIJRAH 1435H


Hye!
Hari berganti hari
Bulan berganti bulan
Tahun berganti tahun
Umur berganti umur
Ops! umur tu sensitif..!!
(bagi sesetengah org)
Sekejap saja masa berlalu kan
Tahun baru ni harapan mesti baru..
Semangat juga kena baru.. ^_^
Chayok2!!

Marilah kita sama-sama berhijrah kearah
yg lebih baik daripada sebelum ini
dan semoga tahun baru ini akan lebih baik
dari tahun-tahun yang sebelumnya..
Insyallah..

Semperna menyambut Awal Muharam 1435H/2013M
Denga tema "Watasiyyah Tonggak Kesatuan Ummah"
Saya dan keluarga ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah
Buat semua umat islam di seluruh dunia dan Malaysia amnya..
Salam kemaafan jika ada tersilap kata..
0-0 okeyh..!! ^_^