Wednesday, October 7, 2015

HUSNUZON DAN SUUZON


Kata orang rasa sayang jangan dipendam
Kerana ia perlu diluahkan.
Diluahkan dengan perkataan.
Kenapa perkataan??
Bukankah sayang itu merupakan suatu perasaan.
Tak kira lelaki atau perempuan.
keluarga atau rakan.

Itu yang buat aku bingung sampai sekarang.
Aku sayang tapi aku tak pandai untuk meluahkan.
Hanya mampu luah dengan pertanyaan
"Awak dah makan?"
Aku tak pandai nak panggil sayang-sayang.
Apa yang penting aku hargai setiap rakan yang datang.
Kerana mereka yang menceriakan hari-hari aku seperti bintang.

Hidup tak dapat lari dari salah faham.
Kadang-kadang niat baik disangka kejam.
Tapi itu yang mengajar kita erti kematangan.
Selagi langkah itu dijalan kebenaran.
Terus melangkah jangan terlalu ikut kata orang.
Tapi setiap nasihat jangan dibuang.
Kerana nasihat itu merupakan
bahan rujukan apabila diperlukan.

Setiap masalah perlu dibawa berbincang.
Tak perlu cakap belakang.
Kerana ia menyebabkan wujud perasaan
yang tidak menyenagkan.
Kerana setiap manusia tak dapat
lari dari melakukan kesilapan.

Ada yang berpesan..
Sebelum tidur muhasabah diri.
In Shaa Allah akan nampak jalan.
Jalan penyelesaian terhadap sesuatu permasalahan.
Ditambah pula dengan doa yang berterusan.
Kerana cara itu buat kita nampak kita punya kesialapan.
Kesilapan yang dilakuakan tapi kita sendiri tak perasan.
Tak kira aku mahupun kamu
semua ada melakukan kesalahan.
kita kan manusia yang serba kekurangan.

Ada juga yang berpesan..
Jangan suka main pendam pendam
kerana ia boleh jadi dendam.
Masalah kecil sila lupakan.
Kerana tampa sedar kita juga melakukan
perkara yang seangkatan.

Kadang-kadang kita tak perasan.
Seseorang itu diam mungkin
ada perkara yang sedang difikirkan.
Mungkin juga sedang mencari ketenangan
atau ada masalah yang belum pernah diceritakan
dan belum tentu masalah yang kita akan faham.
Ambilah dari sudut positif
suyapa tak jadi perselisihan faham.

Syaitan sentiasa berkeliaran.
Kebahagiaan mereka apabila manusia berperang.
Api yang kecil mereka hasut menjadi sebuah kebakaran.
Mereka kaburkan segala kebaikan dan kebahagiaan.
Hanya terlihat keburukan dan keaiban.
Hati-hati dengan permainan syaitan.

Bercakap berdasarkan pengalaman.
Gara-gara bersangka buruk.
Perkara yang sudah hampir setahun berlalu
aku masih rasa menyesal sampai sekarang.
Jadi aku tak mahu ia berulang
kepada orang yang aku sayang
dan tak mahu kamu melakukan
kesilapan yang bertahun rasa
menyesal itu tidak hilang.

Jadilah kita manusia yang Husnuzon (bersaka baik)
dan janganlah kita
menjadi manusia yang Suuzon (bersangka buruk)

P/S: Kadang-kadang setitik keburukan dapat merosakan berjuta kemanisan kenangan.