Sunday, December 15, 2013

TONSIL


Dua minggu aku menyepi..
Sekarang kembali sebab nak cerita
pasal sejenis penyakit ni..
nama manjanya tonsil..
nama panjangnya pula tonsillitis.. hoho
Aku rasa mungkin ramai dah tahu pasal
penyakit nie..
Aku pun tahu sebab dua orang
kawan aku yang demam..
Dia cakap tekak dia ada tonsil.
Kasian aku tengok..
Badan diorang nampak lemah sampai
muka yang comel-comel jadi pucat.
Aku pelik jugak bila dengar nama penyakit tu..
Memang pernah dengar tapi
tak tahu sangat pasal penyakit tu.
So...
Tanyalah Encik google untuk tahu lebih lanjut..
Aku singgah la ke blog Dr.Azwan
CLICK HERE untuk ke blog Dr.Azwan
Tapi dia hanya menceritakan penyakit tonsil
pada kanak-kanak yang berumur 5-15 tahun.
Kawan-kawan aku ni dah tue bangke dah.
So aku try pula baca di Kosmo online..
CLICK HERE untuk ke Kosmo Online.
Alhamdulillah.. Dapat membantu juga..
Apa yang aku dapat share dekat sini
nasihat doktor nak cepat sembuh
elak ambil makanan yang pedas-peadas,
berminyak, panas, kering dan berasid.
Dan doktor sarankan makan makanan yang
sejuk seperti jelly, ice-cream vanila,
buah-buahan sejuk and so on..



p/s: harap kawan aku tu cepat sembuh.. Insyallah.. Amin..

Sunday, December 1, 2013

R.I.P


Sejak dari semalam lagi kecoh pasal
kematian bintang Hollywood movie
FAST & FURIOUS, Paul Walker.
Akibat kemalangan kereta.


Apabila buka saja FB, Twitter and so on,
kecoh membincangkan soal kematiannya.
Berita HOT lah katakan..
Rakyat Palestin kena tembak
taknak pula ambil peduli..
Dan aku ada nampak sesetengah orang yang
mengucapakan R.I.P kepada Paul Walker.
Aku tak pasti yang diorang tahu atau tidak
yang orang islam tak boleh ucap begitu
kepada non-muslim yang telah meninggal dunia.
Macam ucapan "Merry Christmas" juga.
Dear kawan-kawan yang seagama dengan ku,
Tahukah kamu maksud R.I.P itu adalah
"Rest In Peace" iaitu bacaan doa yang
diucapkan oleh paderi-paderi kepada
si mati ketika upacara pengebumian
di tanah perkuburan.

Agama islam membolehkan ucapan simpati
kepada keluarga si mati yang bukan islam,
Tetapi...
Apa yang dilarang adalah memohon kepada
Allah S.W.T untuk merahmati roh si mati
sebagaimana ucapan Rest In Peace.

Firman Allah S.W.T:
"Tidaklah dibenarkan Nabi dan orang-orang
yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang
musyrik, sekipun orang itu kaum kerabat sendiri,
sudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang
musyrik itu adalah ahli neraka."
[surah al-Taubah ; 113]

So kepada mereka yang mengucapkan R.I.P itu
mohon padam status itu.. Tak kiralah berapa
ramaipun yang like atau retweet status kamu itu.


p/s: Aku cuma share apa yang aku tahu sahaja.
     jika ada salah atau silap mohon diperbetulkan. ^_^




Saturday, November 30, 2013

GEMUK ITU MENAKUTKAN


2 minggu aku tak buka blog ni
Bukan setakat berhabuk
Tapi dah berkulat dah..

Ini semalam punya cerita..
Aku teman kawan aku pergi beli tiket bas.
Nak beli tiket bas tu sorang saja
Tapi yang ikut sekali tu penuh satu kereta.
Balik beli tiket tu singgah la di Center Point.
Teman membe aku beli barang.
Kawan aku yang sorang ni
ajak la pergi timbang berat..
Masing2 buka purses cari
duit syiling 40sen..
Bila timbang tu...
JENG.. JENG.. JENG...!!!


50.2kg?????
Nightmare...!!!!!!!!!!!!!!!
Berat badan aku naik 3kg..
Before ni  berat aku tak pernah mencecah 50kg.
Paling tinggi pun 47kg, lepas tu turun balik
atara 45kg atau 44kg.
Kalau mama tahu mesti dia bising..
Sebab dia selalu pesan kat aku suruh jaga badan.
Tapi seriously memang susah gila nak tahan 
nafsu makan nie.. 
Makan sikit2 memang tak kenyang..
Bile dah jadi macam ni barulah terfikir nak diet
Berjaya atau tak tu tak tahulah..
Bila cerita pada adik aku.
Boleh pula dia tanya aku balik..
"Kenapa perempuan takut sangat gemuk?"
Dear lelaki..
Tahukah kamu gemuk itu adalah 
musuh ketat bagi seorang perempuan.
kalau ditanya kenapa..
memang banyak jawapannya.

1.Bagi yang dah kawin semetinya takut
   En.Suami cari yang lain. Maklumlah
   lelaki ni nak yang cantik2 saja depan 
   mata dia.

2.Bagi yang masih bujang tu mesti la takut
   tak laku. Aku nak kawin!! tak nak jadi
   andartu (anak dara tua)

3.Takut tak ada bentuk badan. bontot dengan
    pinggan sama besar. Tak cantik la!!

4.Susah nak pilih pakaian, silap2 pilih baju
   tak pasal2 nampak macam sarung nangka.
   nampak buruk kot..!!

5.Takut kena ejek. Bila badan terlalu gemuk
   nanti mesti orang ejek kita.. tak nak 
   macam tu.. T_T

6.Tahukah kamu kegemukan boleh meningkatkan 
   resiko penyakit jantung.  bukan fakta kecantikan 
   saja taw.

7.Bagi orang yang tak berapa nak tinggi pula. dah la
   pendek, gemuk pula, tak pasal2 nampak gendut.

8.Akan jadi pemalas sebab badan cepat letih dan 
   mengah apabila melakukan aktiviti harian. 

So kepada kaum lelaki tak payah pelik la kenapa 
perempuan taku sangat gemuk. Kalau diorang 
mengadu pada korang layan sajalah luahan yang
tragis bagi diorang tu..
Nama pun perempuan... hoho..
Sampai sini saja cerita aku..
Bye!! ^_^


Thursday, November 14, 2013

DIA

Aku tak tahu macam mana nak mulakan..
Sebuah cerita yang agak basi..
Tapi masih segar diingatan..
Sebuah perasaan yang 
sukar untuk difahami.
Tapi terpaksa dilupuskan.
Sebuah kenangan yang
mengajar erti kematangan.
Tapi terpaksa dikuburkan.
Sebuah cinta pertama yang
mengharap dia En.Jodohnya.
Tapi breakup ditengah jalan..






"Yang pertama itu tak semestinya menjadi yang terakhir buat kita,
jangan tunduk pada cinta lelaki yang belum halal buat kita. Percaya 
bahawa Allah SWT tahu siapa jodoh kita."


Friday, November 8, 2013

AKU MALU


Hye..!!
Hari ini aku nak cakap soal
perasaan seorang gadis..
Aku tahu aku dah terlambat
sebab aku tak luahkan
pada jejaka itu..
Lidah aku terasa kelu disaat itu..
Ya!! memang aku malu..

Semalam di salah satu
tempat.. dimana?? (Rahsia)
Ada sorang mamat nie...
Pergh!! handsome..
Nampak pada gayanya sepeti
seorang staff di salah sebuah pejabat
dia berkemeja dan memakai seluar slack.
Tapi tidak memakai tali leher..
Dia kusyuk mengadap handphone
samsung ditangannya..
Main candy crush maybe.. hoho
Disebabkan dia tu handsome..
Aku pandang dia lebih drp satu kali.. hehe..
(mood gatal)
Dan secara tak sengaja..
TAK SENGAJA ok!
Aku terpandang apa yg tak patut aku pandang..

Mamat tu  tak tutup zip seluar!!
Aiyaaa~
Harap muke je handsome..
Tapi zip seluar pun lupa nak tutup..
Aku tak pasti manusia lain yang
berada disitu perasan tak perkara tu..
Aku nak bagi tahu dia..
Tapi...Aku malu...
Dia tu lelaki..!!
Lain la kalau sama jantina..
Aku cuba guna bahasa isyarat..
Aku perhatikan dia..
(perhatikan dia ok! bukan zip seluar dia!)
biar dia rasa tak selesa mungkin dia
akan sedar soal zip dia yg tak tutup tu..
Tapi bila dia nampak aku perhatikan dia
boleh pula dia senyum kat aku macam
orang yang tak ada masalah dan
sambung mengadap handphone ditangannya.
Cheesecake betul lah mamat ni..!!
Sedang aku duk fikir cara lain nak bagi tahu
tetiba dia bangun dan pergi ke tempat lain..
Aku tak pasti sebab apa dia blah..
mungkin dia sedar zip seluarnya tak tutup
atau dia tak selesa aku padang dia tadi..
Hope dia tak salah anggap dan
tutup zip seluar tu sebelum
ada org lain yg nampak...

P/S: Sila pastikan zip seluar anda sentiasa tertutup! ^_~


Monday, November 4, 2013

SALAM MAAL HIJRAH 1435H


Hye!
Hari berganti hari
Bulan berganti bulan
Tahun berganti tahun
Umur berganti umur
Ops! umur tu sensitif..!!
(bagi sesetengah org)
Sekejap saja masa berlalu kan
Tahun baru ni harapan mesti baru..
Semangat juga kena baru.. ^_^
Chayok2!!

Marilah kita sama-sama berhijrah kearah
yg lebih baik daripada sebelum ini
dan semoga tahun baru ini akan lebih baik
dari tahun-tahun yang sebelumnya..
Insyallah..

Semperna menyambut Awal Muharam 1435H/2013M
Denga tema "Watasiyyah Tonggak Kesatuan Ummah"
Saya dan keluarga ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah
Buat semua umat islam di seluruh dunia dan Malaysia amnya..
Salam kemaafan jika ada tersilap kata..
0-0 okeyh..!! ^_^




Friday, October 25, 2013

3 PERSAHABATAN


Hye!
Petang tadi minum coffee..
So nampak sangat malam ni
jadi burung hantu.. huhuhu
Lagi 2 hari nak exam..
Boring mengadap buku dari siang tadi
rehat sekejap mengadap blog..
Lepas stengah jam sambung study balik.!!

Before mengadap blog ni tadi
sepupu aku call, dia cakap nak mengadu
masalah dia dengan kawan2 di kolej..
Aku dengan sedia nya menadah telinga
nak nasihat pun aku tak pandai
nak jadi pendengar setia tu boleh la..

Dia baik dengan si A.
kawan macam belangkas katanya.
Dalam persahabatan tu datanglah si B
yang membuat persahabatan
dia dan si A renggang..
dan semakin lame dia rasa
awkward bila kawan bertiga..
katanya bila kawan bertiga pasti
salah satu akan tersisih.. it is right??

Mula2 aku anggap masalah ni small matter
sebab aku pun duduk satu bilik 3 orang
lagi sorang roommate aku cuti panjang
atas masalah peribadi..
Kadang diorang rapat berdua tinggal
aku sorang2.. cheesecake punya budak.. -_-
buat bodoh sajalah, cari kawan yg lain..
Nanti diorang cari aku balik..
Tapi bila fikir balik..
sepupu aku ni jenis pemalu..
bukan jenis senang untuk bergaul
Jadi aku pun buntu, kasihan ada juga..

Tapi kalau kita perhatikan..
kebanyakan perempuan memang
macam tu (bukan semua okeyh!!)
Kalau student perempuan sewa rumah
satu rumah cuma 4 orang biasanya..
tak boleh ramai2 nanti bergaduh..
Kalau lelaki sewa rumah 1 rumah
mau nya 10 orang...
So aku rasa senang ikut
cara budak lelaki berkawan..
Joint saja  dengan semua kawan2
Kawan mudah dicari, sahabat tu
yang amat susah kita dapat
kan kan kan..??

Dah!! malas dah nak taip
nak  sambung study pula..
Bye!! ^_^



Wednesday, October 23, 2013

SECOND POST

Assalamualaikum..
hye!
Thanks sebab sudi singgah.. ^_^
aku tak tahu nak tulis ape kat sini.. -_-
konon nak berblogger balik
tapi dah setengah tahun tinggal
dunie blogger nie otak jadi berkarat.
Lupe nak letak minyak diesel..
Susah betul jadi orang yang tak bijak IT ni..
Tak lama lagi dah nak exam..
Tak study ape pun lagi..
Nanti last minutes baru nak bukak buku..
And than mule la tensyen2 nyeee... hoho
Kesedaran tu ade tapi..
Malas lebih kuat menguasai diri..
Name pun student.. ^_~
Nantilah bile ade idea aku update balik..
Padam muke siape yg bace tu.. hoho
Jangan marah ter... :P



Sunday, October 13, 2013

NEW LIFE

Assalamualaikum..
Hye!
This is my new blog.. 
But i'm not new at here..
Aku padam blog lame aku because 
I have my own reason.
Biarlah.. be gone by gone..
New blog bermaksud new life..
Kadang2 terasa menyesal jugak
because aku syg blog tu..
Tapi seriously blog tu buat aku
makin susah nak terima kenyataan..
So jalan terbaik lebih baik aku padam
daripada aku terus dibelenggu 
sesuatu yang bukan miliku lagi.. ^_^