Thursday, June 5, 2014

AKU BENCI KAMU


Lama tak buka blog nie.
Bukan setakat bersawang.
kulat dan atuk nenek bakteria pun ada.
hari ini aku datang untuk bercerita.
Tapi aku tak pasti orang yang aku cerita ini
istimewa bagi aku atau tidak.

Orangnya tinggi sasa dan sedikit berisi.
tapi tidak la buncit mcm afdlin shauki.
sememangnya taste aku orang yang chubby.
sebab aku tak suka lelaki kurus kering
macam tak cukup zat sampai tak ade isi.

CIK.BUNGA nama diberi
Itulah panggilan yang diperkenalkan
pada pertama hari.
nama itu lekat sampai ke hari ini.
EN.KUMBANG pula gelaran diberi.
Tapi sayangnya nama itu hanya sekali berbunyi.
Kerana dirinya yang KEMBANG itu
lebih sesuai nama MUMUK diberi.
Tak sangka pula sagala nama gurauan itu
terlekat sampai ke saat ini.

Kami kenal sejak umur aku belasan tahun lagi.
Seagala perangai aku dia sudah masak dan lali.
masa itu
 memang tak ada langsung istimewa antara kami.
cuma sekadar sahabat 
yang kadang2 baik kadang2 benci.
kutuk mengutuk itu kerja kami
tapi langsung tak simpan dihati.
nak cakap baik2 memang jauh sekali.
kadang2 tengok muka saja sudah rasa benci.

Pada umur 20 tahun
aku menemui cinta pertama.
Rasa excited tu
tak tahu macam mana mau cerita.
Tapi dia la orang yang aku
mengadu segala cerita.
Tak tau kenapa dalam benci dia juga yang aku cari.
Tapi nama kekasih tetap terlekat dihati.
Dia selalu pesan jangan beri segala hati.
cinta pertama ini jarang kekal sampai ke mati.
Tapi dah terlajak sayang aku tetap ikut aku punya hati.
Dia tahu aku amat skima soal cinta dan hati.
Dialah tukang penasihat yang aku selalu cari.
walaupun kadang2 nasihatnya menyakitkan hati.

Genap 4 bulan buah hati aku pergi.
salah aku juga tak pandai amik hati.
tak pandai tunjuk cinta dan rindu yang terpendam dalam diri.
berpisah dengan cara baik buat
aku rasa frass macam nak mati.
saat itulah banyak nasihat diberi.
dia tahu aku masih sayang lelaki itu
sampai ke hari ini.

setelah keadaan redha dia luahkan rasa.
buat aku rasa terkejut gila.
tak sangka pula selama ini
dia memendam rasa.
dalam masa yang sama ada 
yang nak masuk meminang pula.
diminta aunt slow talk dengan mama
untuk bertanya.
Dalam rasa bersalah aku tolak sebab belum bersedia.
Umur 21 tahun belum cukup ilmu untuk berumah tangga.
Jelas nampak disitu dia cemburu gila.
Tapi dia tetap berani mendekati aku
kerana dia tahu mama aku sayang dan percaya dia.

gaduh dan terus gaduh itu kerja kami.
pendapat tak sama, citarasa pun berbeza.
tapi itulah yang membuat kami utuh dan terus bersama.
Tapi aku tak pasti dengan apa yang aku rasa.
suka atau selesa.
sahabat atau cinta.
rindu atau benci.
Tapi kalau difikirkan kasihan juga.
terlalu lama dia memendam rasa.
dirahsiakan kerana takut aku menjauh darinya.
tapi patutkah aku terima?
patutkah aku mencuba untuk kali ke 2?
macam mana pula dengan prinsip aku untuk menjadi
pecinta yang setia.
untuk sentiasa menanti aku punya cinta pertama.


P/S: Jangan terlalu benci seseorang itu bimbang akan perasaan itu akan bertukar menjadi suka.









Sunday, February 23, 2014

SAHABAT


Dah berkulat napaknya blog aku ni.
Busy, tak sempat nak update entry baru.
Ini cerita baru beberapa hari berlaku.
Sedang aku duk syok picit jerawat
depan cermin yang tertampal di dinding.
tatiba kawan aku tanya satu soalan,
"Kak.Mas pernah ada BFF?"
Satu soalan buat aku rasa sentap.
Tapi cuba caver, buat-buat selamba.
(memang poyo!!)
Sejujurnya soalan tu buat aku
rindukan arwah Aliah.
Seorang sahabat setia yang
pernah hadir dalam hidup aku.
Dan pergi akibat penyakit ketumbuhan otak.
Mungkin Tuhan lebih sayangkan dia.
Berbalik pada cerita asal.
Daripada soalan yang ditanya
aku dah dapat mengagak
pasti dia ada masalah dengan sahabatnya.
Apa masalahnya??
Biarlah rahsia..
Pertengkaran dan perselisihan faham
adalah perkara biasa dalam persahabatan.
Kadangkala macam belangkas.
Kadangkala macam anjing dan kucing.
Jangan sesekali menyimpan dendam.
Apa yang penting sebagai seorang sahabat
hargailah sahabat kita selagi dia masih di sisi.
Sebab...
Kawan memang beribu tapi sahabat hanyalah satu.



p/s: Al-Fatihah buat arwah Alyah.

Sunday, January 12, 2014

PENYAKUT BAJU

Penyakut baju??
Cuba korang tengok penyakut baju.
Boleh disangkut dimana sahaja kan.
Cuba tengok segelintir perempuan pula.
Main angin sikit dah tersangkut.
diulang sekali lagi "SEGELINTIR"
bukan semua okeyh!!
Dear perempuan..
Tahukah kamu
lelaki yang suka buka kilang gula di bibir
sungguh pandai bermain dengan kata-kata
Tak boleh salahkan lelaki juga
Sebab dah memang senjata dia 
tabur gula pada perempuan.
Kalau dia nak pujuk gf/tunang/wife dia pun
senjata itulah yang digunakan.
Kalau dah memang bf/tunang/husband
tak kesah lah..
Tapi seorang kawan biasa dengan senangnya cakap
 "I miss u"
Tak semestinya dia rindukan kita.
 "My fon sunyilah awak tak contact"
Tak bermaksud dia mahu kita ada disisinya.
 "I love u"
Tak semestinya sayang tu untuk kita!
and so on..
Bukan aku nak cakap lelaki tak boleh dipercayai
tetapi sebagai seorang perempuan jangan
cepat sangat tersangkut dengan "tauke gula"
Sebab jika lelaki itu betul-betul sayangkan kita dan 
nak jadikan kita sebagai isteri 
dia tak akan mudah tabur gula dia 
pada perempuan yang dia belum betul-betul kenal.
Nampak sangat macam nak main-main kan.
So be careful because Mr.Crocodile is everywhere!!


p/s: Aku just share pendapat aku. 
Lain orang lain pendapat
 dan maaf jika ada yang tersinggung dengan apa yang aku tulis.

Wednesday, January 1, 2014

2014

Selamat Tahun baru 2014.
New year.
New life.
New hope.
And new story.
Berakhir sudah tahun 2013.
Cepat je masa berlalu kan.
Setahun setiap orang mesti banyak
melalui pelbagai cerita, dugaan, ujian dan kebahagiaan.
Tapi let bygones be bygones.
Hidup perlu adah perubahan 
dan terus pandang kehadapan.
Jangan menoleh kebelakang
tetapi gunalah side mirror untuk nampak apa
yang berlaku dibelakang demi membina
sebuah perubahan.
Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya..
Insyallah..^_^

p/s: beginning of the new chapter.. ^_^