Sunday, December 15, 2013

TONSIL


Dua minggu aku menyepi..
Sekarang kembali sebab nak cerita
pasal sejenis penyakit ni..
nama manjanya tonsil..
nama panjangnya pula tonsillitis.. hoho
Aku rasa mungkin ramai dah tahu pasal
penyakit nie..
Aku pun tahu sebab dua orang
kawan aku yang demam..
Dia cakap tekak dia ada tonsil.
Kasian aku tengok..
Badan diorang nampak lemah sampai
muka yang comel-comel jadi pucat.
Aku pelik jugak bila dengar nama penyakit tu..
Memang pernah dengar tapi
tak tahu sangat pasal penyakit tu.
So...
Tanyalah Encik google untuk tahu lebih lanjut..
Aku singgah la ke blog Dr.Azwan
CLICK HERE untuk ke blog Dr.Azwan
Tapi dia hanya menceritakan penyakit tonsil
pada kanak-kanak yang berumur 5-15 tahun.
Kawan-kawan aku ni dah tue bangke dah.
So aku try pula baca di Kosmo online..
CLICK HERE untuk ke Kosmo Online.
Alhamdulillah.. Dapat membantu juga..
Apa yang aku dapat share dekat sini
nasihat doktor nak cepat sembuh
elak ambil makanan yang pedas-peadas,
berminyak, panas, kering dan berasid.
Dan doktor sarankan makan makanan yang
sejuk seperti jelly, ice-cream vanila,
buah-buahan sejuk and so on..



p/s: harap kawan aku tu cepat sembuh.. Insyallah.. Amin..

Sunday, December 1, 2013

R.I.P


Sejak dari semalam lagi kecoh pasal
kematian bintang Hollywood movie
FAST & FURIOUS, Paul Walker.
Akibat kemalangan kereta.


Apabila buka saja FB, Twitter and so on,
kecoh membincangkan soal kematiannya.
Berita HOT lah katakan..
Rakyat Palestin kena tembak
taknak pula ambil peduli..
Dan aku ada nampak sesetengah orang yang
mengucapakan R.I.P kepada Paul Walker.
Aku tak pasti yang diorang tahu atau tidak
yang orang islam tak boleh ucap begitu
kepada non-muslim yang telah meninggal dunia.
Macam ucapan "Merry Christmas" juga.
Dear kawan-kawan yang seagama dengan ku,
Tahukah kamu maksud R.I.P itu adalah
"Rest In Peace" iaitu bacaan doa yang
diucapkan oleh paderi-paderi kepada
si mati ketika upacara pengebumian
di tanah perkuburan.

Agama islam membolehkan ucapan simpati
kepada keluarga si mati yang bukan islam,
Tetapi...
Apa yang dilarang adalah memohon kepada
Allah S.W.T untuk merahmati roh si mati
sebagaimana ucapan Rest In Peace.

Firman Allah S.W.T:
"Tidaklah dibenarkan Nabi dan orang-orang
yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang
musyrik, sekipun orang itu kaum kerabat sendiri,
sudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang
musyrik itu adalah ahli neraka."
[surah al-Taubah ; 113]

So kepada mereka yang mengucapkan R.I.P itu
mohon padam status itu.. Tak kiralah berapa
ramaipun yang like atau retweet status kamu itu.


p/s: Aku cuma share apa yang aku tahu sahaja.
     jika ada salah atau silap mohon diperbetulkan. ^_^