Thursday, June 5, 2014

AKU BENCI KAMU


Lama tak buka blog nie.
Bukan setakat bersawang.
kulat dan atuk nenek bakteria pun ada.
hari ini aku datang untuk bercerita.
Tapi aku tak pasti orang yang aku cerita ini
istimewa bagi aku atau tidak.

Orangnya tinggi sasa dan sedikit berisi.
tapi tidak la buncit mcm afdlin shauki.
sememangnya taste aku orang yang chubby.
sebab aku tak suka lelaki kurus kering
macam tak cukup zat sampai tak ade isi.

CIK.BUNGA nama diberi
Itulah panggilan yang diperkenalkan
pada pertama hari.
nama itu lekat sampai ke hari ini.
EN.KUMBANG pula gelaran diberi.
Tapi sayangnya nama itu hanya sekali berbunyi.
Kerana dirinya yang KEMBANG itu
lebih sesuai nama MUMUK diberi.
Tak sangka pula sagala nama gurauan itu
terlekat sampai ke saat ini.

Kami kenal sejak umur aku belasan tahun lagi.
Seagala perangai aku dia sudah masak dan lali.
masa itu
 memang tak ada langsung istimewa antara kami.
cuma sekadar sahabat 
yang kadang2 baik kadang2 benci.
kutuk mengutuk itu kerja kami
tapi langsung tak simpan dihati.
nak cakap baik2 memang jauh sekali.
kadang2 tengok muka saja sudah rasa benci.

Pada umur 20 tahun
aku menemui cinta pertama.
Rasa excited tu
tak tahu macam mana mau cerita.
Tapi dia la orang yang aku
mengadu segala cerita.
Tak tau kenapa dalam benci dia juga yang aku cari.
Tapi nama kekasih tetap terlekat dihati.
Dia selalu pesan jangan beri segala hati.
cinta pertama ini jarang kekal sampai ke mati.
Tapi dah terlajak sayang aku tetap ikut aku punya hati.
Dia tahu aku amat skima soal cinta dan hati.
Dialah tukang penasihat yang aku selalu cari.
walaupun kadang2 nasihatnya menyakitkan hati.

Genap 4 bulan buah hati aku pergi.
salah aku juga tak pandai amik hati.
tak pandai tunjuk cinta dan rindu yang terpendam dalam diri.
berpisah dengan cara baik buat
aku rasa frass macam nak mati.
saat itulah banyak nasihat diberi.
dia tahu aku masih sayang lelaki itu
sampai ke hari ini.

setelah keadaan redha dia luahkan rasa.
buat aku rasa terkejut gila.
tak sangka pula selama ini
dia memendam rasa.
dalam masa yang sama ada 
yang nak masuk meminang pula.
diminta aunt slow talk dengan mama
untuk bertanya.
Dalam rasa bersalah aku tolak sebab belum bersedia.
Umur 21 tahun belum cukup ilmu untuk berumah tangga.
Jelas nampak disitu dia cemburu gila.
Tapi dia tetap berani mendekati aku
kerana dia tahu mama aku sayang dan percaya dia.

gaduh dan terus gaduh itu kerja kami.
pendapat tak sama, citarasa pun berbeza.
tapi itulah yang membuat kami utuh dan terus bersama.
Tapi aku tak pasti dengan apa yang aku rasa.
suka atau selesa.
sahabat atau cinta.
rindu atau benci.
Tapi kalau difikirkan kasihan juga.
terlalu lama dia memendam rasa.
dirahsiakan kerana takut aku menjauh darinya.
tapi patutkah aku terima?
patutkah aku mencuba untuk kali ke 2?
macam mana pula dengan prinsip aku untuk menjadi
pecinta yang setia.
untuk sentiasa menanti aku punya cinta pertama.


P/S: Jangan terlalu benci seseorang itu bimbang akan perasaan itu akan bertukar menjadi suka.









5 comments:

  1. aku sayang kamu..hehehe

    ReplyDelete
  2. Kalau itu jalan yang terbaik, cuba la. Kalau tak jangan mencuba, sebab kalau terluka lagi, ditambah luka yang lama, hati lebih parah daripada sebelumnya.

    ZH Blogger

    ReplyDelete
  3. istikharah. in sha allah ada jalannya :)

    ReplyDelete
  4. well, mumuk tu baik. haha. istikharah la. May the sun shines for korang :)

    ReplyDelete
  5. nice to meet you all guys ..please visit me back..

    ReplyDelete